Selasa, 28 April 2020

toturial menjahit baju kelawar kaftan

Wawan Setiawan Tirta

toturial menjahit baju kelawar kaftan



Jika nak datang rumah hendaklah telefon dahulu di khuatiri tiada di rumah. Di galakkan menempah sekurang-kurangnya seawal 1 bulan sebelum tarikh mengambil.

Elakkan tempahan di saat-saat akhir ataupun pada kadar segera. Sebarang tempahan urgent/emergency/rushing/nak cepat tidak akan dipertimbangkan, harap maklum… (^‿^)

SENARAI BAJU DAN HARGA TEMPAHAN:

1- Baju Kurung Biasa (Lapik leher lembut): RM40

2- Baju Kurung Biasa Jahit Tindih Kasih: RM50

(jahit tindan diluar baju dan susunan kipas kain untuk menampakkan kekemasan)

3- Baju Kurung Riau | Kurung Pahang | Pesak Gantung: RM45

4- Baju Kurung SUTERA: RM50

5- Baju Jubah | Maxi Dress: RM55

6- Baju Kurung Biasa Berpiping: RM50

7- Baju Kurung Riau | Kurung Pahang | Pesak Gantung Berpiping: RM55

8- Baju Kurung Moden | Kurung Moden Peplum (tanpa kain): RM35

9- Baju Kebaya | Baju Kurung Moden : RM65

10- Baju Kurung Moden Peplum: RM70

11- Baju Blouse Perempuan (Mengikut Fesyen): RM35

13- Seluar Palazo | Skirt Labuh: RM30

14- Kain kipas belakang | Kain susun tepi | Kain Selisih Belah | Kain Tempah Depan | Kain Duyung | Kain Flowy: RM30


SENARAI HARGA BAJU BERLINING (2 KALI HARGA TEMPAHAN):

1. Baju Kurung Biasa:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM80

(Lining baju sahaja) - Harga: RM65

2. Kurung Pahang | Kurung Riau | Pesak Gantung:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM90

(Lining baju sahaja) - Harga: RM75

3. Baju Kebaya | Kurung Moden | Peplum:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM130

(Lining baju sahaja) - Harga: RM95

Tutorial Menjahit Baju Kelawar @ Kaftan Asas
Kaftan merupakan baju seperti jubah yang mempunyai tangan terus hingga ke kaki di panggil baju layang atau lebih dilenali sebagai baju kelawar. Ia selalunya dibuat daripada fabrik kapas atau sutera. Sebelum ini di Malaysia kaftan hanya di pakai sebagai baju tidur atau baju di rumah kerana ia selesa dan sesuai dengan iklim negara ini.
Siapa sangka dengan peralihan zaman telah merubah perspektif kita terhadap fesyen kaftan iaitu dari kamar tidur sahaja dahulunya ke alam penuh glamer dengan pelbagai rekaan dan pilihan di pasaran kini. Di sini ada tutorial bagaimana mudahnya menjahit baju kaftan yang simple tapi menarik untuk anda gayakan :)
Bahan dan peralatan yang di perlukan:

    * 2-3 meter kain (kapas atau satin adalah pilihan yang baik)
    * Pita pengukur
    * Gunting
    * Pin peniti
    * Mesin jahit
  
Apa yang perlu anda lakukan adalah:

   1. Pilih fabrik yang ada di antara 45 - 60 inci lebar (jika anda adalah kecil molek, 30 - 40 inci). Ukur panjang dari lengan ke lengan. (nak jahit kaftan/abaya tak perlu fikir nak potong di bahagian bahu/ketiak). 

   2. Lipat panjang fabrik pada separuh dan meletakkan di atas permukaan yang keras untuk meratakan sebarang kedutan pada kain.

   3. Mengukur luas untuk leher. Mengukur leher (kolar) dan perlu di ingat bahawa kepala anda perlu sesuai melalui lubang leher), dan pastikan jenis kolar leher yang anda mahu (berbentuk leher V, leher bulat, leher baju kurung, leher sampan dan sebagainya)

    4. Ukur labuh yang anda mahu iaitu dari bahu hingga ke paras kaki (buku lali), kemudian tambahkan lebih kurang  2 inci untuk jahitan tepi/basi.
 

POLA KAFTAN ASAS YANG RINGKAS


Di bawah ini ada video tutorial bagaimana untuk menjahit sehelai kaftan yang sopan dan vouge.



Beberapa contoh pola kaftan yang simple tapi elegan.




 sumber :  https://jahitanmeruklang.blogspot.co.id/2012/02/toturial-menjahit-baju-kelawar-kaftan.html